Sunday, November 29, 2009

MY SMAC 2009- be apart of it!!


Bi iznillah.. Muslim Youth Smart Camp 2009 [MY SMAC '09] akan menjengah tidak lama lagi! MY SMAC merupakan program tahunan di bawah Muslim Youth Concern [MY Concern]- sebuah NGO yang bertapak di Melaka. Program ini mensasarkan para peserta dari kalangan adik-adik lepasan SPM atau STPM yang bakal melangkah ke alam universitas tidak lama lagi.


Objektifnya??
  • Menyedarkan para peserta terhadap kewajipan serta tanggungjawab mereka sebagai seorang yang terpelajar untuk cemerlang dalam akademik dan hubungan kemasyarakatan.
  • Merapatkan hubungan antara para peserta serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka dan masyarakat luar.
  • Memberi penerapan kemahiran generik kepada setiap peserta khususnya kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah serta etika dalam mengharungi dengan arus kemodenan.
Persiapan sedang rancak dijalankan, namun dana yang berada di dalam tangan kami masih belum mencukupi, memandangkan penggerak utama program ini terdiri daripada mahasiswa mahasiswi yang majoritinya masih belum punya income sendiri. Maka, dengan ini, saya mewakili penganjur program sangat mengalu-alukan mana-mana individu mahupun pertubuhan yang mahu mendapatkan 'saham akhirat' untuk menghulurkan sumbangan kewangan ataupun barangan bagi menjayakan program ini.

Ayuh sama-sama kita hulurkan sumbangan (tenaga, fikiran, masa mahupun material) sebagai sekelumit usaha kita dalam melahirkan generasi muda pewaris agama yang hidup teguh berpaksikan ISLAM!

p/s: Sudi memberikan infaq? Boleh hubungi saya selaku wakil penganjur. Jazakumullahu khairan.. :)

~Eidul Adha 1430H: ayuh kita maknakan erti pengorbanan dalam tindak-tanduk kita...




Interesting & Heart-touching...


Salam Eidul Adha..

Just wanted to share a video clip which I managed to download a few days back. From Maher Zain- "Palestine Will Be Free".

Looking at the little girl in this clip really touched my heart. It made me reflect myself- have I done enough for Palestine??



May Allah open our hearts.. all the Muslims around the globe, to unite for the freedom of Palestine.. for the glory of Islam! Bi iznillah.. Palestine, tomorrow will be free.


video

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free




~Eidul Adha 1430H: Ayuh maknakan erti pengorbanan dalam tindak-tanduk kita

Monday, November 23, 2009

It's finally over..!



Semester 1 of the year 2009/2010 is finally over! Gembiranya... 22 nov 2009, kembali menjejak kaki ke rumah tercinta.

The hard times...

Frankly speaking, this semester has been a really tough one for me! Taking 8 subjects... with all the assignments, tests and so on.. and at the same time, trying my best to serve as the Assistant Secretary of Ma'ruf Club, I did have hard times in fulfilling my responsibilities. At times, I admit that I just wanted to give up and surrender..

Yet, I can't deny that throughout this semester, and throughout the 2008/09 tenureship of being the exco of MC, I really really really learned a lot. I am optimistic, saya percaya dengan seyakin-yakinnya, bahawa inilah caranya Allah nak mentarbiyyah dan mendidik saya, supaya menjadi seorang hamba yang lebih baik dan dekat padaNya.

The Lessons...

1. Be Strong!!

It's never wrong to cry when your feeling down. As long as you know when to stop crying, and when to get back on your feet!

Saya sangat suka lirik lagu Maher Zain... "When you lose your way, to Allah you should turn.. as He Promises He will always be there..". At times, ada masalah2 yg bila kita luah kat kawan baik kita sekalipun, kawan kita tak dapat bantu buat apa2 pun, melainkan mendengar, bersimpati & bagi motivasi. That's why we should always turn to Allah, coz He is the Most Powerful, the Most Merciful. Minta padanya agar kita dikuatkan, dan ditunjukkan jalan. Kadang2 penyelesaian yg Allah datangkan pada kita dr jalan yg kita tak terduga pun..

Bilamana berdepan dengan masalah, kita perlu optimis- tiada penyakit yg tiada ubat, tiada masalah yg tiada penyelesaian! Bersangka baiklah dengan Allah, percaya dengan seyakin-yakinnya, bahawa setiap yg terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya. Sekalipun mungkin kadang2 kita tak tau pun apa hikmahnya. Because Allah never creates anything for nothing! Paling kurang pun, perkara yang kita rasakan pahit itu, akan jadi pengajaran atau panduan buat kita, supaya tak ulang lagi benda yang sama in the future. It's just that we have to learn it through the hard way...


2. Sentiasa cabar diri!

Cabar diri?? Yes! Sentiasa cabar diri sendiri, untuk jadi lebih baik dari sebelumnya. Saya berada dalam barisan kepimpinan MC selama dua tahun berturut2... saya percaya itu bukan kerana saya seorang yg hebat, yang melayakkan saya untuk duduk di barisan kepimpinan.. namun saya melihat ianya sebagai satu proses pentarbiyyahan dari Allah buat diri saya. Mungkin saya lebih banyak belajar bila saya menjadi pimpinan.


Saya merasakan terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri saya selaku seorang pimpinan. Kerana itu, saya mencabar diri saya untuk melakukan benda2 baru untuk improve diri. For instance, dua tahun lepas, saya merupakan seorang yang sangat diam dlm sesi2 meeting exco. Mungkin kerana low self confidence. Seharusnya, sebagai seorang pimpinan, bahkan sebagai ahli pun, dalam mana2 meeting atau sesi brainstorming, kita harus sedar bahawa kita punya amanah utk contribute dr sudut idea, bagi mematangkan keputusan yg akan dicapai. Kadang2 benda yg kita terfikir tu, org lain tak terfikir pun. Dat's why we have to speak. Letak ke tepi, "idea aku cam tak logik je..", atau "segan lah, org len sume hebat2"... Cakap je! Boleh jadi benda yg kita rasa kecil tu mampu spark fikiran org lain utk dapat idea yg lebih hebat. At least kita dah bantu spark something big, even though the big ideas tak datang dari kita pun.. So, utk improve diri dari sudut bercakap, saya cabar diri utk cakap dalam setiap meeting, at least once. And saya cuba tidak menolak pelawaan utk jadi Master of Ceremony dalam program2. Hari ni, saya bukanlah sorang yg hebat bercakap pun, but at least i've improved one aspect of myself. :)

So, cabarlah diri! Break down the barriers!!


3. F.R.I.E.N.D.S (Ukhuwwah)

I am really, truly grateful that Allah gave me strength.. by giving me my friends.. sahabat fillah yang tak pernah jemu membantu & memberi semangat serta tunjuk ajar sepanjang mengemudi bahtera MC. Bagi sesetengah orang, mungkin ada yang berpendapat bahawa ukhuwwah bukanlah perkara dasar yang penting bilamana kita masih ada agenda yang lebih besar yang perlu difikirkan, untuk mendaulatkan Islam di bumi Allah ini. "Buang masa nak fikirkan benda2 ukhuwwah nie.. baik fokus pada benda lain yang lagi penting".

Namun bagi saya, saya merasa cukup kuat dengan adanya sahabat2 di sekeliling saya... Kadang2 bukanlah dapat membantu pun, tapi cukup dengan merasakan ada sahabat, yang setia di sisi & memberi kata2 semangat.. membuat saya kembali kuat & termotivasi. Bila rasa down, melihat senyuman sahabat2 dalam meeting pun dah cukup untuk menghilangkan rasa sesak dan susah hati. Seperti yang dinukilkan Mustafa Masyhurdalam bukunya "Bekalan di Jalan Dakwah".. ukhuwwah/ persahabatan merupakan antara bekalan yang menjadi penguat bagi seorang da'ie dalam merealisasikan agenda dakwah.


Untuk itu, from the bottom of my heart, i wish to thank my friends, sahabat2 seperjuangan saya yang sentiasa mendorong saya untuk melakukan yang terbaik! Buat sahabat2 Main Board MC, Mr Presiden- Faridzul, and Mrs VP- Puan Nurul yang kedua2nya telah menjadi tulang belakang & peneraju utama MC, terima kasih atas dorongan and tunjuk ajar, it was a great pleasure to have been working with you two! Buat boss saya, Mr Secretary General- Encik Amin, my deepest appreciation for your understanding and patience throughout the period we've been working together. Dan dua lagi orang kuat MB- Encik Zaki Sukery and Encik Suffian At-Thauri yang melengkapkan & menguatkan lagi team MB MC! Tak lupa juga untuk ahli2 presidential & barisan pimpinan sekretariat- Izzatie, Hafiz, Aisyah, Nabilah, U.Syuhadak, Tamim, Jie, Giah, U.Ahmad, Kimi, Faz, Busra, Huzaifah, Maziyah, Fakhhrul Zaki, Qayah, Ridhuan, Shahidat, Hafreez, Kak Ida, Cg Hilmi, Suraya, Mun'em, Sulia, Rauf & Paji. Jazakumullahu khairal-jaza'..


And special thanx to my classmates who have been ever-willing to help me throughout the hectic 4th year of being an AIKOLian...huuu. To Sulia, Amnani, Khadijah, Hanis and Arina- thanx for always being there for me. Our six years of friendship would definitely never fade away. Best wishes for ur future undertaking... may Allah guide us through our journey of life. :)

The Holidays...

Rata-rata, sekarang adalah masanya para mahasiswa & mahasiswi bercuti. Hmm.. cuti? Ada ke istilah cuti dalam kamus hidup seorang daie?? Cuti dari kelas2 akademik.. mungkin ya. Cuti dari kerja2 Islam? Never!


Manfaatkan masa cuti sebaiknya.. buatlah apa pun.. janji jangan biarkan sehari berlalu tanpa buat kerja Islam! (Penegasan buat diri sendiri nie..) ^_^


"look forward..life is so full of wonders!"

Saturday, June 13, 2009

Sheikh Fathi Yakan..prayers for him


"Slm..brite yg bru dtrime drpd syria..ALFATIHAH kpd tokoh gerakan Islam yg sgt kta segani sheikh fathi yakan telah meninggal dunia sbntar tdi.."

Exactly at 0700pm today, that was d text message I received from an unknown number. Sheikh Fathi Yakan passed away?? Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun... those were d only words i could think of. Yes indeed, from Allah we come, and to Allah we shall return. But I must admit dat I was shocked 2 receive such news. To make sure of d accuracy of d news, I spontaneously googled d web. And there it was.. it was reported by the media dat the Islamic Action Front leader Fathi Yakan died today after he was admitted to Hotel Dieu Hospital Friday night. Al-Fatihah...

WHO IS SHEIKH FATHI YAKAN?

Dr. Fathi Yakan is a prominent Islamic scholar and caller. With a Ph.D. in Arabic and Islamic Studies, he was among the pioneers of the Islamic movement in the 1950s. He was also the General Secretary of the Lebanese Al-Jamaa Al-Islamia
until he won his seat in the Lebanese parliament. He is a key activist on the political stage, which was very clear during the 1996 elections.

He is the author of more than 35 books, some of them were translated into many languages, including Malay. Among them are: Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam, Bahtera Penyelamat and Golongan yang Tercicir (must-read-books!!).




"And when I am ill, it is He who cures me" (Quran 26:80)

"If God touches thee with an affliction, no one can remove it but He" (Quran 6:17)

Friday, June 12, 2009

Marha, marha.. Ar-Rijal Al-Istiqamah!

Alhamdulillah... no other words could best describe our gratitude to Allah s.w.t, for with his will, we were given the chance to have some special visitors recently. On the 8th of June 2009, we received a special visit from ‘Ar-Rijal Al-Istiqamah Youth Wing’ (belia Masjid Al-Istiqamah), Singapore. Ar-Rijal was formed in September 1999, and has since then, been actively involved in organising and participating in cluster, national and regional programmes. They were on a four-day-trip to KL, from the 5th till the 8th of June. They arrived in IIUM at about 1030 a.m, and were escorted to the Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws Moot Court.

We managed to conduct a special session with our guests. The session was first started with a wonderful Quranic Recitation by Bro Mohd Suffian Mohd Donia, who recited verses 3 to 16 of Surah al-Hujurat. Later, the president of Ma’ruf Club, Bro Mohd Faridzul delivered his welcoming speech and gave a brief introduction of the club, and was followed by the Youth Development Officer of Ar-Rijal Al-Istiqamah, Bro Izhar, who also gave a brief introduction of their youth wing. Shortly after that, the floor was opened for a question and answer session, in which ideas and opinions were shared between both organisations, mostly pertaining to the strategies to re-energize our dakwah approach among today’s youths. The session went on until around 1215 p.m and was ended with a du’a recitation by Bro Mohd Suffian. Before dispersing, we did not miss the opportunity to have a few snaps of photos to capture the memorable get-together of two different societies from two different countries.


Ar-Rijal Al-Istiqamah + Ma'ruf Club


Bro Izhar + Bro Faridzul


The special guests from Singapore


Even though both societies are basically quite different in nature and structure, we do have one thing in common- we have the mission of spreading dakwah, especially among the young people, because we realize that today’s youngsters are the becoming leaders of tomorrow. We do hope that this first meeting is only the beginning of an everlasting relationship... for the sake of Allah and His Deen, insyaAllah.

Marha, marha..!

* “Marha, marha” is the culture in Singapore. They use it to greet or welcome people. Instead of clapping their hands, they say “marha, marha!”.

Huda Nordin,
Assistant Secretary General,
Ma'ruf Club 2008/09.

"look forward..life is so full of wonders!"

Moh kito poie...!

Hee.. betulkah loghat nogoriku ini? anyway.. jom kita p ramai2!




"look forward..life is so full of wonders!"

Sunday, May 17, 2009

MC's Very Own Banner.. Yippee!


Alhamdulillah.. Ma'ruf Club now has its very own banner! Hehe..finally. =) Credit goes to Ukhtie Shahidat Mohamed, Co-chairperson of Information, Publication & Multimedia Secretariat. Job well done!! Jazakillahu khairan jaza'..

Keep on moving...
Ma'ruf Club: Inspiring Dakwah, Leading the Ummah!

"look forward..life is so full of wonders!"

PERAK: The Seemingly Never-ending Conflict! (2)

Tanggal 12 Mei 2009, Datuk Zambry bersama peguamnya, Dato’ Cecil Abraham telah memfailkan rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi sehari sebelumnya (oh..actually tak sampai sehari pun lagi ‘usia’ keputusan yg dikeluarkan Mahkamah Tinggi waktu tu) yg mana hakim telah memutuskan bahawa YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin adalah MB Perak yg sah. Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali telah membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi (blh juga disebut ‘stay of execution of judgment’). Mengikut prinsip undang-undang, sekiranya satu pihak ingin memohon stay of execution of judgment, maka pihak tersebut mestilah meyakinkan mahkamah bahawa terdapat keadaan istimewa atau special circumstances yang menyebabkan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi adalah tidak wajar utk dinikmati oleh YAB Ir Nizar. Dalam kes ini, Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa wujud keadaan istimewa tersebut, namun kita tidak pasti apakah keadaan ini. Ini kerana, menurut peguam Hanipa Maidin, mahkamah masih belum mengeluarkan sebarang alasan penghakiman.

Namun begitu, stay of execution of judgment TIDAK BERMAKSUD bahawa keputusan Mahkamah Tinggi telah terbatal. Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah. YAB Ir Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Cuma, mengikut undang2, YAB Ir Nizar belum lagi blh memerintah negeri Perak sbg MB selagi mahkamah rayuan blm memberi keputusan terhadap rayuan Datuk Zambry. Tindakan BN ini dilihat sbg satu taktik bg memastikan pembubaran DUN Perak tidak mengambil tempat. Allahu Ta’ala a’lam… Allah lebih mengetahui.

Langkah seterusnya?? YAB Ir Nizar dan peguamnya akan mengemukakan rayuan utk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Isnin ini di Putrajaya, selepas Zohor.

This conflict seems never-ending right? Well, wut do we expect?? Kalau dah namanya perebutan kuasa, itulah lumrahnya. People could act beyond expection, just to get power. Kini, ramai yg berpendapat (antaranya juga termasuk Tengku Razaleigh Hamzah) bahawa solusi terbaik bagi mengakhiri kemelut pemerintahan Perak ni adalah dgn membubarkan DUN.. Kalau dah dua-dua pihak tak nak mengalah, kita ambil jalan tengah. Kita masih ada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang punya kuasa perlembagaan utk memperkenankan pembubaran DUN bg memberi laluan kpd pilihanraya negeri. Serahkan kpd rakyat utk memilih, benarkan rakyat bersuara. Itulah konsep demokrasi… rakyat yg paling berhak memilih siapa pemimpin mereka, bukan pemimpin yg berlumba-lumba merebut kuasa utk kepentingan sendiri. Saya tidak katakan kedua-dua Datuk Seri Ir Nizar dan Datuk Zambry bergelut dlm kancah politik ini demi kepentingan peribadi, namun perlu ada noktah pada kemelut ini. Cukuplah sudah rakyat merana dan susah dek kerana konflik orang-orang atasan ini. Segala agenda kebajikan rakyat pastinya terbantut kerana masing-masing sibuk mempertahankan kedudukan masing-masing.


Kini kita hanya boleh berharap institusi kehakiman kita akan bertindak sewajarnya sebagai an independent judiciary, dan Sultan Azlan Shah mampu menggunakan kepakaran dan kebijaksanaan Baginda selaku bekas hakim Negara utk mempertimbangkan desakan rakyat agar diadakan pembubaran DUN.

*oh..by the way, credit goes to my dearest friend, Izzah Islamie.. hee, saya guna laptop kamu masa kamu di 'alam' lain. Laptop saya problem lagi, huhu.. thanx! (^_^)

"look forward..life is so full of wonders!"

Saturday, May 16, 2009

PERAK: The Seemingly Never-ending Conflict! (1)

Sudah 100 hari Perak dilanda krisis kepimpinan yg sangat serius.. (kalau blh saya katakan begitu). Apa tidaknya, 3 bulan rakyat Perak hidup tanpa ada seorang Menteri Besar (MB) yg diiktiraf. Segalanya bermula ketika mana 3 orang ADUN Perak telah mengisytiharkan diri mereka sbg ADUN bebas (tidak mewakili mana2 parti politik), namun menyatakan sokongan mereka terhadap BN. Sejak itu, BN mendakwa bahawa mereka telah mendapat majoriti kerusi ADUN berbanding Pakatan Rakyat (PR), i.e. 31 kerusi vs 28 kerusi, dan seterusnya mendakwa bahawa Perak telah menjadi negeri di bawah pemerintahan BN (wah…begitu mudah ke nak dapat majoriti kerusi DUN??). Berdasarkan dakwaan inilah BN dgn yakinnya telah menaikkan Dr Zambry Abdul Kadir sbg MB Perak yg baru, sekalipun tidak mendapat mandat drpd rakyat negeri Perak (hmm..beginikah yg dikatakan Negara demokrasi??).

Namun YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dan rakan-rakan kepimpinannya percaya bahawa rampasan kuasa tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang. Hujah mereka: Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak membenarkan seorang MB melepaskan jawatan tersebut melalui 3 cara, iaitu apabila terdapat:

i. pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak
ii. usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap MB Perak
iii. perletakan jawatan oleh MB Perak



Dalam kes YAB Nizar ini, tiada satu pun drpd 3 cara di atas telah berlaku. Maka, jika kerusi MB Perak tidak dikosongkan oleh YAB Nizar, mana mungkin seorang MB baru dilantik?? YAB Nizar turut mengambil kes Stephen Kalong Ningkan (1966) sbg hujah beliau bg mempertahankan kedudukan beliau sbg MB Perak yg sah. Oleh itu, pada 11 Mei 2009, hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin merupakan MB Perak yg sah dan layak memerintah negeri Darul Ridzuan itu. Hakim mahkamah Tinggi pada hari itu turut mengeluarkankan:

i. Perintah ‘quo warranto’ kepada Datuk Zambry memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak memegang jawatan MB
ii. Perintah deklarasi bahawa Datuk Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan MB Perak dan BUKANNYA MB negeri itu pada bila-bila masa yang material
iii. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau (seperti Setiausaha Kerajaan Negeri) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas MB Negeri Perak Darul Ridzuan.



Pd asalnya, YAB Nizar turut memohon perintah gantirugi drpd mahkamah. Namun atas kesedaran bhw duit bukanlah matlamat beliau m’bawa kes ini ke mahkamah, maka tuntutan gantirugi tersebut telah ditarik balik. Jika tidak, kemungkinan besar Datuk Zambry juga terpaksa mbayar gantirugi yg saya yakin jumlahnya pasti amat tinggi! Datuk Zambry turut terselamat drpd tanggungjawab membayar kos kpd YAB Nizar. Telah m’jadi prinsip undang2 bhw pihak yg kalah (dlm kes ini, Datuk Zambry) perlu membayar kos kpd pihak yg menang. Mujurlah YAB Ir Nizar telah menarik balik perintah kos tersebut. Jika tidak, most probably Datuk Zambry terpaksa mengeluarkan ratusan ribu ringgit drpd poketnya. Wah, betapa bertuahnya Datuk Zambry!

Malangnya, belum pun sempat YAB Nizar menghadap Sultan Perak bg memohon perkenan Baginda utk membubarkan DUN, sekali lagi Malaysia dikejutkan dgn tindakan BN apabila telah berjaya memohon perintah penangguhan keputusan mahkamah tinggi tersebut. Hmm..it was too good to be true pun! Ia seolah-olah kemenangan mudah PR ke atas BN. Dengan keputusan yg dikeluarkan hakim Mahkamah Rayuan. Mungkin ramai tertanya-tanya.. adakah ini bermaksud Dr Zambry merupakan MB Perak yg sah? Untuk jawapannya, sila baca entry saya yang kedua on Perak: The Seemingly Never-ending Conflict!


"look forward..life is so full of wonders!"

Tuesday, May 12, 2009

Hepi Ummi's Day!


Salam...


Eventhough ari ni dah masuk d 11th day of May, I don't think its too late for me to wish HEPI MOTHERS' DAY pada semua yang bergelar ibu, ummi, mak, mama, dsb.. I really think that every day is mother's day. Pengorbanan n dedikasi agung seorang ibu selayaknya mendapat penghargaan drpd insan bergelar anak tak kira masa & tidak bermusim. Maybe wujudnya satu hari khas utk sambut mothers' day ni sebagai peringatan pada mereka yg mungkin laa, kadang2 terlupa pada besarnya jasa, pengorbanan n kasih sayang seorang insan bergelar ibu. And of course, this special entry is dedicated to my one and only ummi.. HEPI UMMI'S DAY!





For all your sacrifices, for all your unconditional love, for all your patience.. thank you soooooo much! No words could express how grateful we are to have an ummi like you. You're a super-ummi for being able to manage the family well! Forgive us for the words dat hurt you, the acts dat upset you.. Deep down in our heart, WE LOVE YOU!!


May Allah shower you with His blessings till the end of time. Allahumma amiin...


Hugs and kisses, Along.


Saturday, May 02, 2009

New Discovery- Gerakan Muslimat Taman Cheng!

Salam mujahadah...

Cuti semester sudah pun masuk ke minggu kedua (bg saya dan sahabat2 seperjuangan saya, cuti kami baru je masuk seminggu..huhu). Saya pasti, ramai yang memanfaatkan masa cuti ni to have quality time dengan family masing, terutama orang2 yang macam saya ni ha... yang sangat la jarang pulang ke rumah. Untuk UIA students yang mendaftar utk short sem, the new semester would commence on next Monday. Maka tinggal lah orang2 yang senasib dgn saya, yang x amek short sem ni, runsing memikirkan... nak isi dengan ape cuti dua bulan lebih??? (huhu.. seriously! Memang runsing..)

Pada saya, personally, waktu cuti sem ni sebenarnye medan utk menguji keistiqamahan kita dengan rutin2 ibadah seharian kita, n komitmen kita dgn kerja2 Islam. Kalau di kampus, rasanya kita lebih terjaga.. ramai je sahabat2 yang yang tolong ingatkan utk qiam lah, solat awal waktu, jaga al-Quran, pose sunat, dsb. Tambah2 lagi dgn adanya bi’ah solehah di UIA tu.. sronok je bile ramai yang sama2 hidupkan suasana tu. Tapi bila kat rumah, kena pandai ‘berdiri atas kaki sendiri’ @ berdikari. Mujahadah pun kena la kuat sket.. maklum la, kat rumah kan seolah2 serba lengkap (bak kata warga astro- macam2 ada!). ada tv, ada cd yang bermacam2, ada keta utk kluar jalan2, ada bantal yang banyak, katil yang empuk..huhu, sume 2 sangat la menuntut mujahadah yang tinggi utk istiqamah dgn rutin ibadah kita yg sepatutnya. Sebab tu kekadang, saya lagi suka abeskan masa di kampus.. supaya diri saya lebih terjaga. Pengisian pun mudah je nak dapat kalau di UIA tu... (Alhamdulillah..).

UNDANGAN YANG MENGGUMBIRAKAN! =)

Rasa gundah saya yang memikirkan pengisian utk waktu cuti saya yang lama agak terubat beberapa hari lepas. Umi saya dijemput utk ke surau berdekatan oleh sorang jiran yang baru dikenali di sebuah majlis hari jadi anak jiran kami. (Utk pengetahuan, family saya baru je beberapa bulan berpindah ke kejiranan baru- Taman Desa Cheng Perdana, Melaka). Kata jiran kami tu- makcik Reha namanya, ada program di surau tiap hari Rabu. Maka, semalam, bila ummi saya balik dari ofis, dia kata makcik Reha akan jemput kami dgn keta utk sama2 ke surau tu. Saya sangat sronok & teruja sebenarnya.. sepanjang lebih 20 tahun hidup atas bumi Allah Taala ni, memang bukan rutin family saya utk ke surau di perumahan kami ketika waktu solat. Family saya lebih selesa solat berjamaah di rumah sahaja. Kalau ayah takde, ummi yang akan imamkan solat (Alhamdulillah..ummi sgt menitik-beratkan solat jamaah di rumah). Hati saya sangat seronok utk menjadi antara mereka yang menghidupkan surau2...

Ayah n ummi.. zaman muda-muda! =)

Tepat 8 malam, makcik Reha sampai depan rumah. (Hee...syok betul, nak pi surau pun ada orang yang datang jemput naik keta!) =) Bila kaki kanan saya melangkah masuk ke surau tu, terkedu gak saya. I was expecting yang kami akan pergi mendengar kuliah Maghrib. Rupa2nya program yg kami nak pergi tu adalah kelas tajwid & tahsin qiraat. Waktu tu, dalam 20 orang makcik2 (rata2 berusia 40-an & 50-an) dah duduk elok2 dalam 1 halaqah, masing2 dah bersedia dgn Quran atas rehal. Dalam hati saya, huhu.. elok la tu, tiba2 malam ni tak terasa nak bawak Quran skali. Ummi saya pun x kurang terkejutnya.. hehe. Tapi xpe, dah namanya pun surau.. maka ada je la Quran yang dapat kami capai utk jadi rujukan wakktu kelas tu. Kami pun ambil tempat di dalam halaqah tu.

Kelas Quran tu dibimbing oleh seorang ustazah, usianya lebih krg 32 @ 33 tahun. Ustazah mengajar ayat 25, surah as-Sajadah. Terjemahannya:

"Sungguh Tuhanmu, Dia yang memberikan keputusan di antara mereka pada hari Kiamat tentang apa yang dahulu mereka perselisihkan padanya."

Seronok saya ikut pengajaran yg diberi ustazah... terkenang Ustaz Mohd Nor, ustaz saya di SMKA Sheikh Abdul Malek dulu yg mengajar Kelas Khas Kemahiran Al-Quran kami (jazakallah ustaz!). Dari cara ustazah mengajar, saya dapat agak, ustazah ni bukan calang2 org jgk.. nyata dia sangat arif dgn al-Quran. Baik dari sudut ilmu tajwid, makhraj huruf, dan jgk dari sudut Qiraat. Dia mengajar dgn jelas & sangat mudah diikuti. Semua makcik2 yang ikut kelas tu pun nampaknya mudah faham. Ustazah jgk turut menghuraikan tafsir kepada ayat yang diajar... (Subhanallah..mmg terbaik!) Alhamdulillah, saya sgt bersyukur sebab dapat peluang utk refresh balik ilmu tajwid yg sememangnya saya dah byk lupa (astaghfirullah), dan jgk dapat memperbetul bacaan & makhraj huruf. Ustazah mengajar dgn sgt teliti.. setiap org dapat giliran utk tasmi’.

Selesai je ustazah mengajar tentang ayat 25, surah as-Sajadah, ustazah suruh tutup Quran. Oh, rupa2nya setiap minggu, ahli halaqah tu kena hafal ayat yg diajar dalam minggu tu. Kagum, saya sangat kagum dgn semangat makcik2 tu yang berusaha utk menghidupkan al-Quran dlm hati masing2. Mereka tu dah berusia, ada yg datang dalam keadaan x brapa sehat pun. Tapi subhanalllah! Walaupun setiap minggu mereka menghafal 1 ayat je, tapi bagi saya itu adalah effort yg mereka buat. Biarpun sedikit, saya pasti Allah akan mengganjari usaha yg mereka buat..Allahumma amin! Maka skali lagi, setiap org memperdengar hafazan masing2.

I’MALUU MA SYI’TUM!

Sebelum tawaquf majlis, ustazah sempat berkongsi sedikit tazkirah ringkas. Ustazah mengingatkan kami yg hadir agar sentiasa muhasabah.. mata yg Allah pinjamkan, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya yg Allah Taala bg FREE OF CHARGE..adakah kita manfaatkan & gunakan dgn sebaiknya? Nabi pernah berkata: i’maluu ma syi’tum (buatlah apa yg kamu suka), namun setiap perbuatan kita- baik dan buruk akan ditimbang seadilnya di neraca mizan. Ustazah turut mengingatkan agar kami sentiasa menjaga amalan qiam, ma’thurat dsb. Subhanallah.. Terima kasih ustazah, atas peringatan yg cukup bermakna! (Dat’s just wut I needed, peringatan di kala sronok bercuti!) Maka majlis pun ditangguhkan dgn bacaan tasbih kaffarah & surah al-‘Asr.

GERAKAN MUSLIMAT TAMAN CHENG

Tutup je majlis, makcik2 ni pun sronok la bersembang. Rupa2nya mereka ni mmg dah rapat..dah lama bersama agaknya. Bila saya perhati gelagat mereka, saya boleh kata mereka ni seolah2 satu kumpulan usrah.. ye, kumpulan usrah yg berjumpa setiap minggu utk mengikat hati atas nama Allah, dan bersama menghidupkan Islam dalam diri & juga masyarakat sekeliling. (Lantas saya terus berdoa, moga Allah thabatkan saya & sahabat2 agar kekal dlm kemanisan usrah & ukhuwwah, seperti makcik2 ni di usia tua kelak, amin!). Sembang mereka pun bukan sembang kosong.. Sekali lagi saya rasa kagum, mereka ni cukup sistematik. Mereka ada giliran utk sediakan ‘refreshment’ lepas setiap kelas.Ada pulak sorang yg jadi tukang kutip duit. Mereka jgk selalu menginfakkan barang2 keperluan seperti beras, susu pekat, gula dsb ke rumah anak2 yatim & pada keluarga2 yg memerlukan. Setiap dr mereka ada portion yg perlu disumbangkan. Subhanallah, mulia sungguh hati mereka. Saya bersyukur, di tgh2 masyarakat yg dah sebati dgn gaya hidup nafsi2, masih ada golongan yg berkesedaran mcm ni. Biarpun sumbangan mereka ni tidaklah byk, tapi itulah yg mampu mereka kongsi dgn saudara2 seIslam yg lain. Ini pastinya jauh lebih baik drpd mereka yg agak berada, tapi x berkesedaran utk bersedeqah spt makcik2 ni. Dan barang2 yg dah dikumpul ni, mereka sndr yg akan serahkan pd rumah anak2 yatim & keluarga yg krg berkemampuan dlm kunjungan yg mereka buat. Saya kira ini juga salah satu dakwah & cara utk potrey keindahan & kecantikkan Islam pada masyarakat luar. Kiranya ‘usrah’ makcik2 ni bukanlah sekadar di kalangan mereka je, tapi mereka ni turut bergerak di kalangan masyarakat. Subhanallah...

Rupa2nya, byk aktiviti ‘usrah’ muslimat Taman Cheng ni... bkn sekadar kelas tahsin al-Quran yg biasa. Biarpun hanya 20 orang drpd beratus2 insan yg menetap di perumahan Taman Cheng, tapi mereka nil ah insan2 terpilih. Begitulah, bukan ramai insan yg bersedia utk bermujahadah, mengorbankan masa, tenaga dan harta demi melakukan dakwah Islamiyyah. Satu lagi yg saya perasan, segala aktiviti yg dijalankan ‘usrah’ muslimat Taman Cheng ni, langsung tiada pergantungan pada muslimin. Mereka menggunakan kudrat mereka sendiri utk melaksanakan segalanya... baik dari sudut pengisian ‘usrah’, juga dari sudut merangka ‘program’ & melaksanakannya.. semuanya mereka buat sendiri. Very independant! Saya kira inilah sikap yg harus ada pada muslimat masa kini, terutama pada kita, srikandi2 gerakan. Bukanlah maksud saya untuk menafikan pentingnya kerjasama antara muslimin & muslimat, oh tidak sama sekali! Tapi pada saya, muslimat seharusnya lebih independant, mampu berfikir- analytical & critical, dan pada masa yg sama, mampu melaksanakan, tidak merasa lemah tanpa kehadiran kaum muslimin. Sikap ini lebih penting (bagi saya, personally) utk ada pada muslimat hari ini, memandangkan kelesuan & ‘kepupusan’ muslimin kampus (teguran indirect buat muslimin). Maka muslimat, ingatlah slogan SIGMA (Srikandi Gerakan Muslimat Muda)- muslimat... POWER, POWER, POWER!!


Sekian, sekadar perkongsian (sahabatku Izzatie.. ana kongsi dgn nti dlm blog eh). =)

Allahumma fasyhad! Ya Allah saksikanlah.. sesungguhnya aku telah sampaikan.

"look forward..life is so full of wonders!"

Wednesday, April 29, 2009

A tribute for atuk...

Salam kerinduan kulayangkan kepada atuk...

Hari ini, 29 April 2009.. dah sebulan lebih atuk tinggalkan kami. Walaupun atuk dah pergi menghadap Sang Pencipta, namun atuk terasa sangat dekat di hati. Saya rindu melayan kerenah atuk.. walaupun terkadang melayan kerenah warga emas nie agak menguji kesabaran, tapi sebenarnya ade kemanisan yang terasa di sebalik kepenatan dan keletihan melayan. Mungkin kerana keberkatan yang ada bila berbakti pada mereka.

Atuk saya seorang yang sangat istimewa... dia seorang yang very well-discplined, and sangat-sangat menjaga kekemasan diri n tempat tinggal. Mungkin sebab dah dididik sebegitu dari usia kecil. Atau mungkin jugak kerana dulu dia berkhidmat sebagai seorang policeman. Tapi sikapnya itu berkekalan sampai lah ke usia tuanya. Sangat segar dalam ingatan saya, atuk antara orang paling ternanti-nanti kepulangan saya ke kampung. Asal saya balik je, kebiasaannya atuk dah siap 'bungkus' kemeja, seluar, kain pelekat, malah sapu tangan dia sekali.. nak mintak saya gosokkan. Maka berjam-jamlah saya duk iron baju-baju dia. Betapa telitinya atuk, sampaikan kolar kemeja dia pun saya kena iron betul-betul!Itulah atuk, walaupun sekadar duduk di rumah, kekemasan diri sangatlah dia titik-beratkan. Itu belum cerita pasal bilik n tempat tidur dia, plus laman rumah.

Atuk jugak antara orang yang paling banyak bagi motivasi pada saya.. dia sangat-sangat concerned pasal studies saya n sepupu-sepupu lain. Waktu saya dapat tawaran untuk sambung belajar di SMKA Sheikh Abdul Malek, dia antara orang paling gembira n bangga (padahal waktu tu saya sangat-sangat frustrated sebab dapat tawaran tu.. xnak masuk skolah agama!huhu..). Atuk n nenek kate adee la jugak sorang cucu yang blajar agama betul-betul. (Alhamdulillah, hari ni saya sangat bersyukur sebab family jadi pendorong kuat n jadi asbab untuk saya dapat pendidikan agama secara direct n mendalam). Asal balik kampung je, atuk mesti tanya pasal studies.. Pastu mesti dia bagi nasihat n semangat untuk blaja betul-betul. Itulah atuk, a good motivator...



Atuk jugak saya sangat kagumi sebab dia sangat menjaga ibadahnya.. hatta walaupun dah uzur, terpaksa dipapah untuk berwudhuk.. terpaksa duduk atas kerusi untuk solat.. semangatnya tetap tinggi untuk mengabdi diri pada Yang Maha Kuasa (Ya Allah, jadikanlah aku seperi atuk.. sentiasa mengabdi diri padaMu dalam senang dan susah). Waktu kudratnya masih ada, bila berkumandang je azan, atuk akan imamkan solat fardhu berjamaah.. diikuti zikir munajat n solat sunat. Itulah atuk.. seorang ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab, yang soleh wa musleh!

And saya rasa hari ni, ramai antara kita yang patut malu dengan atuk.. Atuk saya ni, walaupun dalam usia dia yang menjangkau 80 tahun, everyday dia akan bace newspapers to keep updated with the current issues. Pulak tu, dia bukan takat bace 1 surat khabar je, tapi dah jadi kemestian untuk makcik saya belikan atuk Utusan, Berita Harian and The Star. Tak cukup dengan tu, news on tv pun dia tengok jugak. Selain tu, rancangan ilmiyyah macam al-Kuliyyah, Halaqah etc slalu jadi tontonan atuk n nenek di rumah, untuk tambah ilmu agama n ikuti diskusi ilmiyyah. Itulah atuk.. Saya rasa ramai pemuda-pemudi kita harus segan n rasa malu.. insan 80 tahun ni pun mampu cakna sebegini sekali dengan keadaan semasa, tapi kita yang dah dicop sebagai future leaders pun, kadang2 miss berminggu-minggu nak bace or dengar news.

Atuk... pemergiannya sangat dirasai. Walaupun atuk memang dah uzur, tapi saya tak pernah expect atuk pergi seawal ni. Tak taulah, saya yang tak cukup cakna, atau semangat atuk untuk hidup sangat tinggi.. sampai saya tak rasa atuk ni dah di hujung nyawa sebenarnya. Ye.. saya ingat lagi.. ummi pernah cerita, doktor kate atuk kena kanser, n jangka hayat atuk sebenarnya tak lame. But atuk managed to survive berbulan-bulan lamenye, melebihi jangkaan doktor. Agaknya sebab tu orang kate.. self motivation is very important untuk orang-orang yang sakit. Sampaikan yang ade kanser pun boleh sembuh.

Jam 1242 tengah hari, 23 Mac 2009... saya lihat skrin handphone saya. 3 missed calls and 1 message dari ayah. Waktu tu dalam class Professional Practice Madam Suzanna.Hati saya berdebar-debar nak baca mesej ayah. Saya tahu, sakit atuk memang makin teruk sejak 2,3 hari lepas. Saya memang niat nak balik... tapi selalu je niat tu terbatal last minit. Saya gerakkan jemari untuk bukak mesej ayah... air mata tak tertahan. Dada terasa sangat sesak dengan sesalan tak terhingga. Mesej ayah:

"Along, atuk dah tak ada. Kalau boleh baliklah."
Ya Allah.. ampuni dosa aku. Aku tak sempat jumpa atuk... tak sempat cium tangan atuk.. tak sempat mintak maaf dengan atuk... Aku tak dapat temani atuk di saat dia nazak melawan sakitnya. Namun aku redha Ya Allah... pasti ade hikmah. Mudah-mudahan... Mudah-mudahan masa yang aku habiskan untuk kerja-kerja Islam, dinilai olehMu, sekalipun aku terpaksa korbankan peluang untuk berjumpa atuk.

Along mintak maaf sangat-sangat.. x sempat jumpa atuk sebelum atuk pergi. Terima kasih atas segalanya.. Hanya doa yang mampu along kirimkan untuk atuk... moga atuk bersama para solihin. Allahumma amiin...