Hari ini, 29 April 2009.. dah sebulan lebih atuk tinggalkan kami. Walaupun atuk dah pergi menghadap Sang Pencipta, namun atuk terasa sangat dekat di hati. Saya rindu melayan kerenah atuk.. walaupun terkadang melayan kerenah warga emas nie agak menguji kesabaran, tapi sebenarnya ade kemanisan yang terasa di sebalik kepenatan dan keletihan melayan. Mungkin kerana keberkatan yang ada bila berbakti pada mereka.
Atuk saya seorang yang sangat istimewa... dia seorang yang very well-discplined, and sangat-sangat menjaga kekemasan diri n tempat tinggal. Mungkin sebab dah dididik sebegitu dari usia kecil. Atau mungkin jugak kerana dulu dia berkhidmat sebagai seorang policeman. Tapi sikapnya itu berkekalan sampai lah ke usia tuanya. Sangat segar dalam ingatan saya, atuk antara orang paling ternanti-nanti kepulangan saya ke kampung. Asal saya balik je, kebiasaannya atuk dah siap 'bungkus' kemeja, seluar, kain pelekat, malah sapu tangan dia sekali.. nak mintak saya gosokkan. Maka berjam-jamlah saya duk iron baju-baju dia. Betapa telitinya atuk, sampaikan kolar kemeja dia pun saya kena iron betul-betul!Itulah atuk, walaupun sekadar duduk di rumah, kekemasan diri sangatlah dia titik-beratkan. Itu belum cerita pasal bilik n tempat tidur dia, plus laman rumah.
Atuk jugak antara orang yang paling banyak bagi motivasi pada saya.. dia sangat-sangat concerned pasal studies saya n sepupu-sepupu lain. Waktu saya dapat tawaran untuk sambung belajar di SMKA Sheikh Abdul Malek, dia antara orang paling gembira n bangga (padahal waktu tu saya sangat-sangat frustrated sebab dapat tawaran tu.. xnak masuk skolah agama!huhu..). Atuk n nenek kate adee la jugak sorang cucu yang blajar agama betul-betul. (Alhamdulillah, hari ni saya sangat bersyukur sebab family jadi pendorong kuat n jadi asbab untuk saya dapat pendidikan agama secara direct n mendalam). Asal balik kampung je, atuk mesti tanya pasal studies.. Pastu mesti dia bagi nasihat n semangat untuk blaja betul-betul. Itulah atuk, a good motivator...
Atuk jugak saya sangat kagumi sebab dia sangat menjaga ibadahnya.. hatta walaupun dah uzur, terpaksa dipapah untuk berwudhuk.. terpaksa duduk atas kerusi untuk solat.. semangatnya tetap tinggi untuk mengabdi diri pada Yang Maha Kuasa (Ya Allah, jadikanlah aku seperi atuk.. sentiasa mengabdi diri padaMu dalam senang dan susah). Waktu kudratnya masih ada, bila berkumandang je azan, atuk akan imamkan solat fardhu berjamaah.. diikuti zikir munajat n solat sunat. Itulah atuk.. seorang ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab, yang soleh wa musleh!
And saya rasa hari ni, ramai antara kita yang patut malu dengan atuk.. Atuk saya ni, walaupun dalam usia dia yang menjangkau 80 tahun, everyday dia akan bace newspapers to keep updated with the current issues. Pulak tu, dia bukan takat bace 1 surat khabar je, tapi dah jadi kemestian untuk makcik saya belikan atuk Utusan, Berita Harian and The Star. Tak cukup dengan tu, news on tv pun dia tengok jugak. Selain tu, rancangan ilmiyyah macam al-Kuliyyah, Halaqah etc slalu jadi tontonan atuk n nenek di rumah, untuk tambah ilmu agama n ikuti diskusi ilmiyyah. Itulah atuk.. Saya rasa ramai pemuda-pemudi kita harus segan n rasa malu.. insan 80 tahun ni pun mampu cakna sebegini sekali dengan keadaan semasa, tapi kita yang dah dicop sebagai future leaders pun, kadang2 miss berminggu-minggu nak bace or dengar news.
Atuk... pemergiannya sangat dirasai. Walaupun atuk memang dah uzur, tapi saya tak pernah expect atuk pergi seawal ni. Tak taulah, saya yang tak cukup cakna, atau semangat atuk untuk hidup sangat tinggi.. sampai saya tak rasa atuk ni dah di hujung nyawa sebenarnya. Ye.. saya ingat lagi.. ummi pernah cerita, doktor kate atuk kena kanser, n jangka hayat atuk sebenarnya tak lame. But atuk managed to survive berbulan-bulan lamenye, melebihi jangkaan doktor. Agaknya sebab tu orang kate.. self motivation is very important untuk orang-orang yang sakit. Sampaikan yang ade kanser pun boleh sembuh.
Jam 1242 tengah hari, 23 Mac 2009... saya lihat skrin handphone saya. 3 missed calls and 1 message dari ayah. Waktu tu dalam class Professional Practice Madam Suzanna.Hati saya berdebar-debar nak baca mesej ayah. Saya tahu, sakit atuk memang makin teruk sejak 2,3 hari lepas. Saya memang niat nak balik... tapi selalu je niat tu terbatal last minit. Saya gerakkan jemari untuk bukak mesej ayah... air mata tak tertahan. Dada terasa sangat sesak dengan sesalan tak terhingga. Mesej ayah:
"Along, atuk dah tak ada. Kalau boleh baliklah."Ya Allah.. ampuni dosa aku. Aku tak sempat jumpa atuk... tak sempat cium tangan atuk.. tak sempat mintak maaf dengan atuk... Aku tak dapat temani atuk di saat dia nazak melawan sakitnya. Namun aku redha Ya Allah... pasti ade hikmah. Mudah-mudahan... Mudah-mudahan masa yang aku habiskan untuk kerja-kerja Islam, dinilai olehMu, sekalipun aku terpaksa korbankan peluang untuk berjumpa atuk.
Along mintak maaf sangat-sangat.. x sempat jumpa atuk sebelum atuk pergi. Terima kasih atas segalanya.. Hanya doa yang mampu along kirimkan untuk atuk... moga atuk bersama para solihin. Allahumma amiin...