Sunday, May 17, 2009
MC's Very Own Banner.. Yippee!
Alhamdulillah.. Ma'ruf Club now has its very own banner! Hehe..finally. =) Credit goes to Ukhtie Shahidat Mohamed, Co-chairperson of Information, Publication & Multimedia Secretariat. Job well done!! Jazakillahu khairan jaza'..
Keep on moving...
Ma'ruf Club: Inspiring Dakwah, Leading the Ummah!
"look forward..life is so full of wonders!"
PERAK: The Seemingly Never-ending Conflict! (2)
Namun begitu, stay of execution of judgment TIDAK BERMAKSUD bahawa keputusan Mahkamah Tinggi telah terbatal. Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah. YAB Ir Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Cuma, mengikut undang2, YAB Ir Nizar belum lagi blh memerintah negeri Perak sbg MB selagi mahkamah rayuan blm memberi keputusan terhadap rayuan Datuk Zambry. Tindakan BN ini dilihat sbg satu taktik bg memastikan pembubaran DUN Perak tidak mengambil tempat. Allahu Ta’ala a’lam… Allah lebih mengetahui.
Langkah seterusnya?? YAB Ir Nizar dan peguamnya akan mengemukakan rayuan utk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Isnin ini di Putrajaya, selepas Zohor.
This conflict seems never-ending right? Well, wut do we expect?? Kalau dah namanya perebutan kuasa, itulah lumrahnya. People could act beyond expection, just to get power. Kini, ramai yg berpendapat (antaranya juga termasuk Tengku Razaleigh Hamzah) bahawa solusi terbaik bagi mengakhiri kemelut pemerintahan Perak ni adalah dgn membubarkan DUN.. Kalau dah dua-dua pihak tak nak mengalah, kita ambil jalan tengah. Kita masih ada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang punya kuasa perlembagaan utk memperkenankan pembubaran DUN bg memberi laluan kpd pilihanraya negeri. Serahkan kpd rakyat utk memilih, benarkan rakyat bersuara. Itulah konsep demokrasi… rakyat yg paling berhak memilih siapa pemimpin mereka, bukan pemimpin yg berlumba-lumba merebut kuasa utk kepentingan sendiri. Saya tidak katakan kedua-dua Datuk Seri Ir Nizar dan Datuk Zambry bergelut dlm kancah politik ini demi kepentingan peribadi, namun perlu ada noktah pada kemelut ini. Cukuplah sudah rakyat merana dan susah dek kerana konflik orang-orang atasan ini. Segala agenda kebajikan rakyat pastinya terbantut kerana masing-masing sibuk mempertahankan kedudukan masing-masing.
Kini kita hanya boleh berharap institusi kehakiman kita akan bertindak sewajarnya sebagai an independent judiciary, dan Sultan Azlan Shah mampu menggunakan kepakaran dan kebijaksanaan Baginda selaku bekas hakim Negara utk mempertimbangkan desakan rakyat agar diadakan pembubaran DUN.
*oh..by the way, credit goes to my dearest friend, Izzah Islamie.. hee, saya guna laptop kamu masa kamu di 'alam' lain. Laptop saya problem lagi, huhu.. thanx! (^_^)
"look forward..life is so full of wonders!"
Saturday, May 16, 2009
PERAK: The Seemingly Never-ending Conflict! (1)
Namun YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dan rakan-rakan kepimpinannya percaya bahawa rampasan kuasa tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang. Hujah mereka: Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak membenarkan seorang MB melepaskan jawatan tersebut melalui 3 cara, iaitu apabila terdapat:
i. pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak
ii. usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap MB Perak
iii. perletakan jawatan oleh MB Perak
Dalam kes YAB Nizar ini, tiada satu pun drpd 3 cara di atas telah berlaku. Maka, jika kerusi MB Perak tidak dikosongkan oleh YAB Nizar, mana mungkin seorang MB baru dilantik?? YAB Nizar turut mengambil kes Stephen Kalong Ningkan (1966) sbg hujah beliau bg mempertahankan kedudukan beliau sbg MB Perak yg sah. Oleh itu, pada 11 Mei 2009, hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin merupakan MB Perak yg sah dan layak memerintah negeri Darul Ridzuan itu. Hakim mahkamah Tinggi pada hari itu turut mengeluarkankan:
i. Perintah ‘quo warranto’ kepada Datuk Zambry memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak memegang jawatan MB
ii. Perintah deklarasi bahawa Datuk Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan MB Perak dan BUKANNYA MB negeri itu pada bila-bila masa yang material
iii. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau (seperti Setiausaha Kerajaan Negeri) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas MB Negeri Perak Darul Ridzuan.
Pd asalnya, YAB Nizar turut memohon perintah gantirugi drpd mahkamah. Namun atas kesedaran bhw duit bukanlah matlamat beliau m’bawa kes ini ke mahkamah, maka tuntutan gantirugi tersebut telah ditarik balik. Jika tidak, kemungkinan besar Datuk Zambry juga terpaksa mbayar gantirugi yg saya yakin jumlahnya pasti amat tinggi! Datuk Zambry turut terselamat drpd tanggungjawab membayar kos kpd YAB Nizar. Telah m’jadi prinsip undang2 bhw pihak yg kalah (dlm kes ini, Datuk Zambry) perlu membayar kos kpd pihak yg menang. Mujurlah YAB Ir Nizar telah menarik balik perintah kos tersebut. Jika tidak, most probably Datuk Zambry terpaksa mengeluarkan ratusan ribu ringgit drpd poketnya. Wah, betapa bertuahnya Datuk Zambry!
Tuesday, May 12, 2009
Hepi Ummi's Day!
For all your sacrifices, for all your unconditional love, for all your patience.. thank you soooooo much! No words could express how grateful we are to have an ummi like you. You're a super-ummi for being able to manage the family well! Forgive us for the words dat hurt you, the acts dat upset you.. Deep down in our heart, WE LOVE YOU!!
May Allah shower you with His blessings till the end of time. Allahumma amiin...
Hugs and kisses, Along.
Saturday, May 02, 2009
New Discovery- Gerakan Muslimat Taman Cheng!
Cuti semester sudah pun masuk ke minggu kedua (bg saya dan sahabat2 seperjuangan saya, cuti kami baru je masuk seminggu..huhu). Saya pasti, ramai yang memanfaatkan masa cuti ni to have quality time dengan family masing, terutama orang2 yang macam saya ni ha... yang sangat la jarang pulang ke rumah. Untuk UIA students yang mendaftar utk short sem, the new semester would commence on next Monday. Maka tinggal lah orang2 yang senasib dgn saya, yang x amek short sem ni, runsing memikirkan... nak isi dengan ape cuti dua bulan lebih??? (huhu.. seriously! Memang runsing..)
Pada saya, personally, waktu cuti sem ni sebenarnye medan utk menguji keistiqamahan kita dengan rutin2 ibadah seharian kita, n komitmen kita dgn kerja2 Islam. Kalau di kampus, rasanya kita lebih terjaga.. ramai je sahabat2 yang yang tolong ingatkan utk qiam lah, solat awal waktu, jaga al-Quran, pose sunat, dsb. Tambah2 lagi dgn adanya bi’ah solehah di UIA tu.. sronok je bile ramai yang sama2 hidupkan suasana tu. Tapi bila kat rumah, kena pandai ‘berdiri atas kaki sendiri’ @ berdikari. Mujahadah pun kena la kuat sket.. maklum la, kat rumah kan seolah2 serba lengkap (bak kata warga astro- macam2 ada!). ada tv, ada cd yang bermacam2, ada keta utk kluar jalan2, ada bantal yang banyak, katil yang empuk..huhu, sume 2 sangat la menuntut mujahadah yang tinggi utk istiqamah dgn rutin ibadah kita yg sepatutnya. Sebab tu kekadang, saya lagi suka abeskan masa di kampus.. supaya diri saya lebih terjaga. Pengisian pun mudah je nak dapat kalau di UIA tu... (Alhamdulillah..).
UNDANGAN YANG MENGGUMBIRAKAN! =)
Rasa gundah saya yang memikirkan pengisian utk waktu cuti saya yang lama agak terubat beberapa hari lepas. Umi saya dijemput utk ke surau berdekatan oleh sorang jiran yang baru dikenali di sebuah majlis hari jadi anak jiran kami. (Utk pengetahuan, family saya baru je beberapa bulan berpindah ke kejiranan baru- Taman Desa Cheng Perdana, Melaka). Kata jiran kami tu- makcik Reha namanya, ada program di surau tiap hari Rabu. Maka, semalam, bila ummi saya balik dari ofis, dia kata makcik Reha akan jemput kami dgn keta utk sama2 ke surau tu. Saya sangat sronok & teruja sebenarnya.. sepanjang lebih 20 tahun hidup atas bumi Allah Taala ni, memang bukan rutin family saya utk ke surau di perumahan kami ketika waktu solat. Family saya lebih selesa solat berjamaah di rumah sahaja. Kalau ayah takde, ummi yang akan imamkan solat (Alhamdulillah..ummi sgt menitik-beratkan solat jamaah di rumah). Hati saya sangat seronok utk menjadi antara mereka yang menghidupkan surau2...
Ayah n ummi.. zaman muda-muda! =)
Tepat 8 malam, makcik Reha sampai depan rumah. (Hee...syok betul, nak pi surau pun ada orang yang datang jemput naik keta!) =) Bila kaki kanan saya melangkah masuk ke surau tu, terkedu gak saya. I was expecting yang kami akan pergi mendengar kuliah Maghrib. Rupa2nya program yg kami nak pergi tu adalah kelas tajwid & tahsin qiraat. Waktu tu, dalam 20 orang makcik2 (rata2 berusia 40-an & 50-an) dah duduk elok2 dalam 1 halaqah, masing2 dah bersedia dgn Quran atas rehal. Dalam hati saya, huhu.. elok la tu, tiba2 malam ni tak terasa nak bawak Quran skali. Ummi saya pun x kurang terkejutnya.. hehe. Tapi xpe, dah namanya pun surau.. maka ada je la Quran yang dapat kami capai utk jadi rujukan wakktu kelas tu. Kami pun ambil tempat di dalam halaqah tu.
Kelas Quran tu dibimbing oleh seorang ustazah, usianya lebih krg 32 @ 33 tahun. Ustazah mengajar ayat 25, surah as-Sajadah. Terjemahannya:
"Sungguh Tuhanmu, Dia yang memberikan keputusan di antara mereka pada hari Kiamat tentang apa yang dahulu mereka perselisihkan padanya."
Seronok saya ikut pengajaran yg diberi ustazah... terkenang Ustaz Mohd Nor, ustaz saya di SMKA Sheikh Abdul Malek dulu yg mengajar Kelas Khas Kemahiran Al-Quran kami (jazakallah ustaz!). Dari cara ustazah mengajar, saya dapat agak, ustazah ni bukan calang2 org jgk.. nyata dia sangat arif dgn al-Quran. Baik dari sudut ilmu tajwid, makhraj huruf, dan jgk dari sudut Qiraat. Dia mengajar dgn jelas & sangat mudah diikuti. Semua makcik2 yang ikut kelas tu pun nampaknya mudah faham. Ustazah jgk turut menghuraikan tafsir kepada ayat yang diajar... (Subhanallah..mmg terbaik!) Alhamdulillah, saya sgt bersyukur sebab dapat peluang utk refresh balik ilmu tajwid yg sememangnya saya dah byk lupa (astaghfirullah), dan jgk dapat memperbetul bacaan & makhraj huruf. Ustazah mengajar dgn sgt teliti.. setiap org dapat giliran utk tasmi’.
Selesai je ustazah mengajar tentang ayat 25, surah as-Sajadah, ustazah suruh tutup Quran. Oh, rupa2nya setiap minggu, ahli halaqah tu kena hafal ayat yg diajar dalam minggu tu. Kagum, saya sangat kagum dgn semangat makcik2 tu yang berusaha utk menghidupkan al-Quran dlm hati masing2. Mereka tu dah berusia, ada yg datang dalam keadaan x brapa sehat pun. Tapi subhanalllah! Walaupun setiap minggu mereka menghafal 1 ayat je, tapi bagi saya itu adalah effort yg mereka buat. Biarpun sedikit, saya pasti Allah akan mengganjari usaha yg mereka buat..Allahumma amin! Maka skali lagi, setiap org memperdengar hafazan masing2.
I’MALUU MA SYI’TUM!
Sebelum tawaquf majlis, ustazah sempat berkongsi sedikit tazkirah ringkas. Ustazah mengingatkan kami yg hadir agar sentiasa muhasabah.. mata yg Allah pinjamkan, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya yg Allah Taala bg FREE OF CHARGE..adakah kita manfaatkan & gunakan dgn sebaiknya? Nabi pernah berkata: i’maluu ma syi’tum (buatlah apa yg kamu suka), namun setiap perbuatan kita- baik dan buruk akan ditimbang seadilnya di neraca mizan. Ustazah turut mengingatkan agar kami sentiasa menjaga amalan qiam, ma’thurat dsb. Subhanallah.. Terima kasih ustazah, atas peringatan yg cukup bermakna! (Dat’s just wut I needed, peringatan di kala sronok bercuti!) Maka majlis pun ditangguhkan dgn bacaan tasbih kaffarah & surah al-‘Asr.
GERAKAN MUSLIMAT TAMAN CHENG
Tutup je majlis, makcik2 ni pun sronok la bersembang. Rupa2nya mereka ni mmg dah rapat..dah lama bersama agaknya. Bila saya perhati gelagat mereka, saya boleh kata mereka ni seolah2 satu kumpulan usrah.. ye, kumpulan usrah yg berjumpa setiap minggu utk mengikat hati atas nama Allah, dan bersama menghidupkan Islam dalam diri & juga masyarakat sekeliling. (Lantas saya terus berdoa, moga Allah thabatkan saya & sahabat2 agar kekal dlm kemanisan usrah & ukhuwwah, seperti makcik2 ni di usia tua kelak, amin!). Sembang mereka pun bukan sembang kosong.. Sekali lagi saya rasa kagum, mereka ni cukup sistematik. Mereka ada giliran utk sediakan ‘refreshment’ lepas setiap kelas.Ada pulak sorang yg jadi tukang kutip duit. Mereka jgk selalu menginfakkan barang2 keperluan seperti beras, susu pekat, gula dsb ke rumah anak2 yatim & pada keluarga2 yg memerlukan. Setiap dr mereka ada portion yg perlu disumbangkan. Subhanallah, mulia sungguh hati mereka. Saya bersyukur, di tgh2 masyarakat yg dah sebati dgn gaya hidup nafsi2, masih ada golongan yg berkesedaran mcm ni. Biarpun sumbangan mereka ni tidaklah byk, tapi itulah yg mampu mereka kongsi dgn saudara2 seIslam yg lain. Ini pastinya jauh lebih baik drpd mereka yg agak berada, tapi x berkesedaran utk bersedeqah spt makcik2 ni. Dan barang2 yg dah dikumpul ni, mereka sndr yg akan serahkan pd rumah anak2 yatim & keluarga yg krg berkemampuan dlm kunjungan yg mereka buat. Saya kira ini juga salah satu dakwah & cara utk potrey keindahan & kecantikkan Islam pada masyarakat luar. Kiranya ‘usrah’ makcik2 ni bukanlah sekadar di kalangan mereka je, tapi mereka ni turut bergerak di kalangan masyarakat. Subhanallah...
Rupa2nya, byk aktiviti ‘usrah’ muslimat Taman Cheng ni... bkn sekadar kelas tahsin al-Quran yg biasa. Biarpun hanya 20 orang drpd beratus2 insan yg menetap di perumahan Taman Cheng, tapi mereka nil ah insan2 terpilih. Begitulah, bukan ramai insan yg bersedia utk bermujahadah, mengorbankan masa, tenaga dan harta demi melakukan dakwah Islamiyyah. Satu lagi yg saya perasan, segala aktiviti yg dijalankan ‘usrah’ muslimat Taman Cheng ni, langsung tiada pergantungan pada muslimin. Mereka menggunakan kudrat mereka sendiri utk melaksanakan segalanya... baik dari sudut pengisian ‘usrah’, juga dari sudut merangka ‘program’ & melaksanakannya.. semuanya mereka buat sendiri. Very independant! Saya kira inilah sikap yg harus ada pada muslimat masa kini, terutama pada kita, srikandi2 gerakan. Bukanlah maksud saya untuk menafikan pentingnya kerjasama antara muslimin & muslimat, oh tidak sama sekali! Tapi pada saya, muslimat seharusnya lebih independant, mampu berfikir- analytical & critical, dan pada masa yg sama, mampu melaksanakan, tidak merasa lemah tanpa kehadiran kaum muslimin. Sikap ini lebih penting (bagi saya, personally) utk ada pada muslimat hari ini, memandangkan kelesuan & ‘kepupusan’ muslimin kampus (teguran indirect buat muslimin). Maka muslimat, ingatlah slogan SIGMA (Srikandi Gerakan Muslimat Muda)- muslimat... POWER, POWER, POWER!!
Sekian, sekadar perkongsian (sahabatku Izzatie.. ana kongsi dgn nti dlm blog eh). =)
Allahumma fasyhad! Ya Allah saksikanlah.. sesungguhnya aku telah sampaikan.
"look forward..life is so full of wonders!"