Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Wednesday, January 06, 2010

Para aktivis.. jom, jom!!

Aktivis mahasiswa, jom! I'm sooo looking forward for this weekend.. apa yg ada??

8 Januari 2010
Himpunan aman: bantahan terhadap Mesir!

Semua NGO dan rakyat Malaysia yang prihatin dijemput untuk sama-sama meramaikan himpunan aman Jumaat ni.

Berkumpul di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, after solat Jumaat. Afterwards, kita akan berarak ke Kedutaan Mesir untuk serah memorandum.
Soklan: nape beria-ia sangat nak buat bantahan terhhadap Mesir??

Haa.. nie faktanya. Kerajaan Mesir telah menolak untuk membenarkan kapal yang membawa konvoi antarabangsa (involving 17 countries dengan 150 kenderaan) from entering Gaza melalui Pelabuhan Nuweiba di Laut Merah. This convoy was trying to supply hudreds of tones of humanitarian aid untuk rakyat Palestin yang ketika ini sangat2 membutuhkan bantuan kemanusiaan.

Kerajaan Mesir telah mendesak konvoi Viva Palestina itu untuk menyerahkan bantuan melalui Pelabuhan Mediterranean, yang mempunyai jarak yang saaangat jauh, memandangkan konvoi tersebut terpaksa berpusing ke Semenanjung Sinai & melalui Terusan Suez sebelum sampai ke El-Arish.

This act definitely shows yang Mesir sebenarnya menyokong tindakan Israel yang telah menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza, dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu sahaja laluan yang dibuka (melalui Kerem Shalom di Tenggara Semenanjung Gaza).
In addition to that, Mesir also closed their eyes when Israel approved the construction of four new apartments, yang akan digunakan untuk menempatkan peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam wilayah rakyat Palestin.

Ini sangat mendukacitakan.. mana mungkin sebuah negara Islam yang juga salah satu anggota OIC sanggup bersubahat dengan Israel untuk menindas Muslimeen di Palestin!

Ayuh bangkit mahasiswa Islam! Nasib rakyat Palestin wajib dibela!!
~Palestine, tomorrow will be free...


9 Januari 2010
Kuliah bersama Al-Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz



Tatkala mendengar kehadiran ulama' besar ini, pasti akan jadi sebut-sebutan ramai pencinta ilmu dan pendokong dakwah. Al-Habib 'Umar bin Hafidz, dilahirkan di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal dengan berlimpahnya para ilmuwan dan alim ulama' d kota ini selama berabad-abad lamanya. Dibesarkan dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuwan Islam. Ayahnya merupakan salah seorang ulama' intelektual Islam yang mengabdikan diri demi menyebarkan dan menyampaikan agama Islam yang suci. Mewarisi keturunan junjungan mulia Nabi Muhammad saLllahu 'alaihi wa sallam.


Saya pernah kecewa sebab tak berkesempatan untuk turut serta dalam kuliahnya di Melaka tahun lepas. Kali ni, Al-Habib Umar bin Hafidz datang lagi! Di UIA pulak tu! Alhamdulillah.. ayuh sahabat2 kasihfiLlah.. jangan lepaskan peluang keemasan!


Untuk yang tak berkesempatan untuk mengikuti kuliah Subuh di UIA, nah.. ni ada dua lagi kuliah oleh Al-Habib Umar bin Hafidz.


~ Memperkukuh tarbiyyah, menyemarak dakwah!





Sunday, November 29, 2009

MY SMAC 2009- be apart of it!!


Bi iznillah.. Muslim Youth Smart Camp 2009 [MY SMAC '09] akan menjengah tidak lama lagi! MY SMAC merupakan program tahunan di bawah Muslim Youth Concern [MY Concern]- sebuah NGO yang bertapak di Melaka. Program ini mensasarkan para peserta dari kalangan adik-adik lepasan SPM atau STPM yang bakal melangkah ke alam universitas tidak lama lagi.


Objektifnya??
  • Menyedarkan para peserta terhadap kewajipan serta tanggungjawab mereka sebagai seorang yang terpelajar untuk cemerlang dalam akademik dan hubungan kemasyarakatan.
  • Merapatkan hubungan antara para peserta serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka dan masyarakat luar.
  • Memberi penerapan kemahiran generik kepada setiap peserta khususnya kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah serta etika dalam mengharungi dengan arus kemodenan.
Persiapan sedang rancak dijalankan, namun dana yang berada di dalam tangan kami masih belum mencukupi, memandangkan penggerak utama program ini terdiri daripada mahasiswa mahasiswi yang majoritinya masih belum punya income sendiri. Maka, dengan ini, saya mewakili penganjur program sangat mengalu-alukan mana-mana individu mahupun pertubuhan yang mahu mendapatkan 'saham akhirat' untuk menghulurkan sumbangan kewangan ataupun barangan bagi menjayakan program ini.

Ayuh sama-sama kita hulurkan sumbangan (tenaga, fikiran, masa mahupun material) sebagai sekelumit usaha kita dalam melahirkan generasi muda pewaris agama yang hidup teguh berpaksikan ISLAM!

p/s: Sudi memberikan infaq? Boleh hubungi saya selaku wakil penganjur. Jazakumullahu khairan.. :)

~Eidul Adha 1430H: ayuh kita maknakan erti pengorbanan dalam tindak-tanduk kita...




Friday, June 12, 2009

Marha, marha.. Ar-Rijal Al-Istiqamah!

Alhamdulillah... no other words could best describe our gratitude to Allah s.w.t, for with his will, we were given the chance to have some special visitors recently. On the 8th of June 2009, we received a special visit from ‘Ar-Rijal Al-Istiqamah Youth Wing’ (belia Masjid Al-Istiqamah), Singapore. Ar-Rijal was formed in September 1999, and has since then, been actively involved in organising and participating in cluster, national and regional programmes. They were on a four-day-trip to KL, from the 5th till the 8th of June. They arrived in IIUM at about 1030 a.m, and were escorted to the Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws Moot Court.

We managed to conduct a special session with our guests. The session was first started with a wonderful Quranic Recitation by Bro Mohd Suffian Mohd Donia, who recited verses 3 to 16 of Surah al-Hujurat. Later, the president of Ma’ruf Club, Bro Mohd Faridzul delivered his welcoming speech and gave a brief introduction of the club, and was followed by the Youth Development Officer of Ar-Rijal Al-Istiqamah, Bro Izhar, who also gave a brief introduction of their youth wing. Shortly after that, the floor was opened for a question and answer session, in which ideas and opinions were shared between both organisations, mostly pertaining to the strategies to re-energize our dakwah approach among today’s youths. The session went on until around 1215 p.m and was ended with a du’a recitation by Bro Mohd Suffian. Before dispersing, we did not miss the opportunity to have a few snaps of photos to capture the memorable get-together of two different societies from two different countries.


Ar-Rijal Al-Istiqamah + Ma'ruf Club


Bro Izhar + Bro Faridzul


The special guests from Singapore


Even though both societies are basically quite different in nature and structure, we do have one thing in common- we have the mission of spreading dakwah, especially among the young people, because we realize that today’s youngsters are the becoming leaders of tomorrow. We do hope that this first meeting is only the beginning of an everlasting relationship... for the sake of Allah and His Deen, insyaAllah.

Marha, marha..!

* “Marha, marha” is the culture in Singapore. They use it to greet or welcome people. Instead of clapping their hands, they say “marha, marha!”.

Huda Nordin,
Assistant Secretary General,
Ma'ruf Club 2008/09.

"look forward..life is so full of wonders!"